Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan salah satu daripada tujuh
dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang
menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu,Ini telah dinyatakan oleh Allah
S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32;
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.
Antara langkah-langkah yang mesti dilakukan segera oleh umat Islam ialah:
Pertama : Mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menghidupkan budaya
ilmu di kalangan umat Islam. Peranan institusi keluarga
mentarbiyah dan mengawasi pergerakan anak-anak mestilah
dipertingkatkan dan memastikan hanya Islam sebagai asas
pembinaan keluarga ke arah “ Baiti Jannati ” (Rumahku Syurgaku).
Kedua : Penjanaan dan pembentukan insan soleh oleh institusi pendidikan
hendaklah ditingkatkan, bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi
melahirkan kesedaran dan kefahaman yang boleh memandu
generasi pelajar ke arah penghidupan yang positif berlandaskan
agama yang dipraktikkan.
Ketiga : Masyarakat hendaklah berperanan membendung gejala pergaulan
bebas di kalangan remaja dan muda-mudi. Konsep “ Ad-Din
Nasihah” (Agama Itu Nasihat), penyusunan aktiviti dan program
hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala-gejala ini.
Peranan masjid, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung dan ahli masyarakat hendaklah jauh lebih proaktif dalam
mewujudkan suasana yang aman dan selesa.
Keempat : Tanggungjawab kerajaan melaksanakan penguatkuasaan undangundang
berlandaskan Islam dan kerjasama yang bersepadu
melibatkan semua pihak untuk membanteras kegiatan pelacuran
dan persundalan. Aktiviti-aktiviti pergaulan bebas terutamanya di
kalangan generasi muda haruslah disekat dengan cara yang
sebaiknya.
Kelima : Mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya
berkahwin untuk menjauhi perbuatan zina. Dengan cara inilah
mereka akan mendapat nikmat perhubungan suami isteri yang sah
dan zuriat yang suci untuk menyambung keturunan mereka.