أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

Kewajipan Berzakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
  1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.


WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
  1. akhir Bulan Ramadhan. 
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri. 
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). 
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
  TEMPAT KUTIPAN / PEMBAYARAN
 MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,437 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh negeri dan membuka kaunter sementara di pusat membeli-belah terpilih bagi memudahkan masyarakat Islam membayar zakat fitrah dan zakat harta.

Pusat membeli-belah terbabit ialah Centrepoint, Mydin, Plaza MPK dan Jaya Jusco Bukit Raja, kesemuanya di Klang dan di Giant, Kompleks PKNS dan Plaza Masalam, kesemuanya di Shah Alam.
Katanya sebanyak 23 kaunter akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kaunter dibuka pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Amil-amil yang ditauliahkan sama ada di Surau, Masjid, Pejabat Kerajaan atau tempat-tempat tertentu di Negeri Selangor.

 KADAR BAYARAN
Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini kekal pada RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohamad Isa

LAFAZ AKAD FITRAH
  1. Bagi Diri Sendiri
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  2.  Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  3. Bagi Pihak
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”