أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

Hiburan....

apa nak jadi dengan anak-anak muda kita yang begini ?
siapa yang patut dipertanggungjawabkan ?

Islam agama yang lengkap dan sempurna menenuhi keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat. Segala yang terkandung dalam ajaran Islam menepati keperluan fizikal dan rohani manusia.

Ajaran Islam tidak hanya menumpukan kepada ibadat khusus semata-mata dalam menilai ketaatan dan keingkaran hamba-Nya. Setiap apa yang dilakukan mendapat pembalasan yang setimpal.

Secara tepatnya, syariat Islam memenuhi fitrah manusia. Segala keperluan rohani dan fizikal manusia dipenuhi berdasarkan konsep mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan. Apa yang baik itu adalah Islam dan yang buruk bukan daripada ajaran Islam.

Termasuk perkara yang dibenarkan dalam Islam ialah berhibur. Syariat Islam memenuhi keperluan fitrah manusia yang ingin dan suka berada dalam keadaan gembira. Cuba kita tanya antara kita siapa yang tidak suka berhibur atau tidak mahu akan hiburan?

Antara sumber bentuk hiburan yang biasa ialah nyanyian, tarian dan lakonan. Kebiasannya ramai antara kita menganggap bentuk hiburan itu melalaikan dan haram. Boleh dikatakan tidak ada di kalangan pak haji, ustaz, dan guru agama mengatakan hiburan bentuk itu baik, kalaupun tidak mengatakan haram sepenuhnya.

Perkara ini perlu diberi penjelasan untuk mengelak keadaan keliru. Perkara berkaitan seni hiburan perlu dijernihkan untuk mengelak pendangan serong berterusan terhadap individu yang terlibat dalam seni dan mereka yang meminatinya.

Imam al-Ghazali berpendapat, dalam mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat. Selain itu ada yang diharamkan.

Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu, sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk memperlajari sesuatu daripadanya, adalah keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.Namun harus diingatkan hukum harus itu boleh bertukar haram jika melibatkan perbuatan yang ditegah agama. Hal inilah mengapa banyak pihak menolak segala bentuk nyanyian yang dipersembahkan artis sekarang. Mereka bukan menolak hiburan, tetapi kerana melihat corak hiburan sekarang banyak melibatkan unsur haram.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”