أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

PERANAN ULAMA


Ulama’ ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang
ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu yang bermartabat tinggi
kerana ia berkaitan dengan Allah, Rasulullah, Al-Quran, sistem kehidupan,
politik, budaya, ekonomi dan perkara-perkara besar yang lain. Ilmu ini akan
menentukan nasib baik seseorang atau sebaliknya di dunia dan di akhirat kelak.
Ilmu inilah yang disebut sebagai Ad-din oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya: yang bermaksud :
“Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah
memberi dia kefahaman yang baik tentang agama”.
dan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 269: Allah memberi Al-Hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya; barangsiapa yang telah dianugerahkan dengan hikmah itu bermakna dia telah diberikan
kebaikan yang banyak”.
“Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat. (Ingatlah)
Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”.surah Al-Mujadalah ayat 11:

Pertama :Sebagai pewaris para Nabi atau penyebar ajaran yang dibawanya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan
sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun
dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa
yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil
bahagian ilmu yang banyak”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)
Menghina dan mengepikan ulama’ serta menghalang mereka daripada
menyampaikan ilmu malah membunuh mereka adalah satu kejahatan dan
perbuatan yang berdosa

Kedua :Ulama’ mengajar dan memperkukuh akidah, syariah dan akhlak
Islam. Ulama’ yang tidak menyebarkan dakwah dan perjuangan Islam
sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w maka mereka bukan
ulama’ yang sebenar.

Ketiga :Ulama’ adalah contoh budaya takut kepada Allah dan menjadi model
akhlak Islam. Sikap dan perilaku ulama’ adalah mempamerkan
kelakuan dan akhlak Islam yang lengkap dalam memerintah,
mentadbir, memimpin, menjadi pemimpin keluarga dan sebagainya.
Ulama’ bukan dari kalangan mereka yang melakukan perkaraperkara
buruk seperti rasuah dan lain-lain lagi.

Keempat :Ulama’ adalah golongan yang prihatin dan mementingkan kerja
membela penderitaan umat dan berusaha mereformasikan kehidupan
sosiopolitik, budaya, ekonomi dan sebagainya. Mereka adalah
golongan yang terlibat berjihad untuk menobatkan pemerintahan
menurut lunas-lunas ajaran Islam. Mereka berusaha memartabatkan
kedudukan umat dalam setiap lapangan agar menjadi khaira ummah
demi menunaikan amanah dan tanggungjawab ilmu mereka.

Kelima :Ulama’ mestilah dijadikan sebagai tempat rujukan dan pembimbing
umat daripada setiap kekalutan pemikiran dan kesesatan fahaman
oleh simpang-siur ajaran dan ideologi ciptaan manusia. Sebab itu
usaha menghalang ulama’ daripada menyampaikan ajaran agama
adalah suatu kesalahan. Sebagai contoh, menyusahkan ulama’
menyampaikan ajaran Allah dengan memenjarakan atau
mengenepikan mereka daripada khalayak ramai adalah satu usaha
memadamkan sinar agama Allah di mana jua pun. Usaha para ulama’
yang berani menyatakan kebenaran seperti yang diajarkan oleh Islam 
adalah lambang perjuangan dan jihad mereka menyampaikan Islam
walaupun dimusuhi oleh mereka yang anti ulama’.

Keenam :Ulama’ sentiasa berperanan mencegah kemungkaran, kezaliman
dan amalan yang menderhaka kepada ajaran Allah.

Jelaslah kepada kita betapa pentingnya kedudukan para ulama’ dan
peranan mereka dalam menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kesesatan
akidah. Sebab itu ulama’ dipandang serong oleh musuh Islam dan orang-orang
yang sangat anti kepada perjuangan hidup Islam. Oleh kerana peranan dan kedudukan ulama’ penting dalam masyarakat, marilah kita menghormati dan menghargai ulama’ kita yang soleh dan bertaqwa.Marilah mendekati dan mempelajari ilmu pengetahuan daripada ulama’. 


Ini tanda kita mengagungkan dan membesarkan Allah.
Sebab itu martabat dan peranan ulama’ hendaklah dihormati dan dihargai.
Pertubuhan dan gerakan mereka wajib disokong sama ada di peringkat nasional
mahupun antarabangsa. Kegiatan mereka hendaklah dibantu dan diperkasa
untuk kebaikan umat Islam dan manusia seluruhnya. Maruah dan nama baik
mereka hendaklah dipertahankan kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat
yang cintakan Islam.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”