أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

KEWAJIPAN MENGURUSKAN JENAZAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  

“Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkan sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakan”.

Bagi mereka telah meninggal dunia, berakhirlah semua urusan mereka di dunia ini sebaik sahaja mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Namun bagi kita yang masih hidup, berkewajipan untuk menguruskan jenazah mereka, iaitu dengan memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan seterusnya
mengebumikan.  Namun, majoriti di kalangan ahli kariah mengambil sikap tidak ambil tahu,
tidak peduli, atau tidak merasa terpanggil untuk membantu menguruskan jenazah dalam kariah mereka. Mereka menganggap tugas menguruskan jenazah adalah tugas dan tanggungjawab imam, bilal dan siak melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dan mereka fikir mereka tidak perlu melibatkan diri
dalam perkara tersebut.

Sebenarnya memang begitulah realitinya. Tidak semua orang mampu, sanggtup atau mempunyai pengetahuan atau mungkin tidak berani untuk menguruskan jenazah. Ada juga yang takut melihat jenazah. Bila berlaku
kematian, ramai ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai dating menziarahi jenazah. Di kalangan mereka, ada yang membaca surah yasin dan bertahlil. Tetapi ramai yang hanya duduk dan menunggu, sambil berbual-bual, tetapi alangkah baiknya kalau kita sama-sama membaca Al-Fatihah, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi ataupun sama-sama membantu menguruskan jenazah, dari tugas memandi, mengkafan, menyembahyang, menggali lubang kubur serta lain-lain tugas yang berkaitan.

Sabda Rasulullah saw :"Tidak seorang lelaki muslim yang mati yang disembahyangkan oleh empat
puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah melainkan Allah Ta’ala memberi syafaat kepadanya." (Riwayat Muslim)

Setiap orang daripada kita hendaklah melibatkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah ini, khususnya dalam pengurusan jenazah dengan menyertai badan khairat kematian yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid.
Antara manfaat yang akan diperolehi apabila kita menubuhkan tabung khairat kematian adalah:  Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 2:yang bermaksud : “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah”.

Dengan mewujudkan tabung khairat kematian, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama. Hadith Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim: "Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat
dan anak yang soleh yang mendoakan baginya". (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dengan menjadi ahli badan khairat, kemungkinan keterpaksaan untuk menanggung hutang seperti ini tidak akan berlaku kerana belnja pengurusan jenazah akan ditampung dari tabung khairat. Para jemaah tentu lebih maklum apa akan berlaku kepada roh si mati jika hutangnya tidak selesai.  Menurut hadith daripada Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Roh (orang mati) yang beriman tergantung (di awing-awang) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya itu dilangsaikan (oleh ahli keluarganya atau orang lain)”.
(Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi)
Seandainya seseorang ahli badan khairat kematian membayar yuran untuk tempoh beberapa tahun kehadapan, takdirnya dia meninggal dunia lebih awal dari itu, bermakna masih ada baki wang yurannya dalam tabung tersebut yang sepatutnya tidak perlu dibayar. Dalam kes seperti ini, biasanya kaum keluarga
ahli yang telah meninggal dunia tidak akan menuntut baki wang yuran tersebut
supaya dapat dikembalikan. Wang yuran tersebut terus berada dalam tabung
khairat dan apabila wang itu dikeluarkan setiap kali berlaku kematian, maka ahli
berkenaan mudah-mudahan akan terus menerima pahala sedekah jariah,
walaupun dia sudah meninggal dunia.














makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”