أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

Pengenalan:
Penubuhan Tabung Khairat Kematian ( TKK ) telah diilhamkan oleh ahli kariah masjid dalam Mesyuarat Agung Masjid jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak pada 25 September 2010. Rentetan itu, Masyuarat Penubuhan JawatanKuasa Penaja telah diadakan pada 17 Oktober 2010. TKK ini akan berfungsi dibawah naungan Masjid Hishamuddin, Pekan Sabak. Keahliannya adalah disasarkan kepada umat Islam kariah masjid ini.

 Rasional :
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kedatangannya tidak diketahui oleh setiap insan. Waris si mati menghadapi pelbagai kesulitan apatahlagi jika kematian mengejut atau waris si mati berada di tempat lain.
Objektiaf:
1. Matlamat asas untuk membantu meringankan beban wari si mati.
2. Menyatukan penduduk setempat dalam menghadapi sesuatu musibah.
Mencapai jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku sesuatu kematian.
Memupuk semangat kerjasama tanpa mengira fahaman (idiologi) masing-masing.


Siapa Yang Layak Menjadi Ahli:
Umat Islam yang bermastautin di dalam Kariah Masjid Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak.


Apakah Syarat-syarat Menjadi Ahli:
1. Terbuka kepada umat Islam yang bermastautin di dalam Kariah Masjid Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak.
2. Satu keahlian akan mewakili satu keluarga dibawah tanggungnya :
     -  Ahli
     -  Isteri / suami

     -  Anak-anak yang belum bekerja / berkahwin
     - Ibu / bapa / mertua / penjaga yang tinggal bersama

3.  Ahli dan keluarga dibawah tanggungannya hendaklah didaftarkan bersama dalam Borang Pendaftaran.
Keahlian berkuatkuasa apabila Borang Pendaftaran diterima dan diluluskan oleh Urusetia
5. Membayar Yuran keahlian dan pendaftaran semasa menghantar Borang Pendaftaran.



makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”