أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

PENGHAYATAN KORBAN

Untuk menjadi umat yang terbaik, ‘khaira ummah’, perlulah kita memiliki
pemikiran, perasaan dan sikap yang sanggup “berkorban” seperti yang telah
ditunjukkan oleh generasi yang terdahulu itu. Lihatlah bagaimana musuhmusuh
umat Islam yang diketuai oleh Zionis hari ini begitu rakus dalam
menguasai dunia umat Islam serta menyebar-luaskan ideologi kapitalisma ke
seluruh dunia Islam.

Realiti di bumi Palestin khususnya di Ghaza, Iraq, Afghanistan dan
beberapa negara lain memberikan gambaran jelas kepada kita akan sikap
dan tindak tanduk mereka yang sentiasa rakus memusuhi Islam. Kuncukuncu,
mereka Amerika Syarikat sanggup mengorbankan harta dan nyawa
rakyatnya semata-mata untuk memastikan ideologi kapitalisma yang mereka
anuti itu tersebar ke seluruh dunia khususnya ke bumi umat Islam.

Kita yang memiliki jiwa berkorban akan senantiasa terpanggil untuk
melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah SWT samada ianya
berbentuk perintah mahupun larangan Allah SWT dalam usaha kita untuk
mendapatkan keredhaan-Nya, walaupun kita terpaksa mengorbankan
segala-galanya baik harta mahupun nyawa. Kita wajar memahami bahawa
kewujudan kita di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri
sepenuhnya kepada perintah Allah SWT

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”