أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

MENCARI MAKANAN YANG HALAL ADALAH WAJIB




Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan
pelbagai cabaran, antaranya perkara yang melibatkan pemakanan dan
pekerjaan yang halal.
Ajaran Islam memberi panduan kepada umatnya untuk menjalankan
segala aktiviti kehidupan supaya sentiasa berada pada landasan yang tepat
serta dibenarkan oIeh hukum syarak. Landasan tersebut lebih dikenali sebagai
halal dan haram dalam kehidupan khususnya yang melibatkan pemakanan.
Halal bermaksud melakukan sesuatu yang dibenarkan oIeh Allah dan Rasul
serta mendapat pahala dan keberkatan bagi orang yang melakukannya. Haram
pula sesuatu yang dilarang oIeh Allah dan Rasul-Nya daripada melakukannya
serta mendapat dosa dan kemurkaan Allah bagi mereka yang melakukannya
Makanan adalah keperluan asas manusia, maka marilah kita
bermuhasabah tentang bahan makanan yang telah dan hendak dimakan sama
ada ianya halal dan yang terbaik atau sebaliknya. Sedarlah! bahawa mencari
bahan makanan yang halal dan baik untuk dimakan itu adalah suatu tuntutan
dalam Islam
Makanan halal bukan hanya dilihat indah pada rupa dan enak pada rasa
bahkah lebih daripada itu. Manakala yang baik pula adalah suatu yang
mendatangkan faedah kepada keperluan tubuh badan, akal dan emosi.
Sebaliknya apa jua bahan makanan yang boleh merosakkan pertumbuhan
fizikal, kesihatan mental atau akal serta yang menjejaskan emosi adalah sesuatu
yang diharamkan.
Firman Allah SWT. dalam surah Al-
Baqarah ayat 172 :  Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-
Nya".


 

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”