أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

KEPENTINGAN MENDENGAR KHUTBAH

Keistimewaan ini tambah menyerlah lagi apabila Allah Swt mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib di laksanakan secara berjemaah. Sembahyang Jumaat mempunyai berbagai keistimewaan menyebabkan ia sangat penting bagi umat Islam. Ia bukan sahaja ibadat dari seorang mukmin kepada Tuhannya, bahkan ia merupakan satu perjumpaan mingguan yang memberi faedah besar kepada masa depan umat Islam di dunia mahupun di akhirat. Antara kepentingannya ialah :

* Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia merupakan unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.

* Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah, yang mana ia merupakan satu peluang berbaik untuk memperbaiki kualiti diri.

Memandangkan kepentingan sembahyang Jumaat, maka Nabi Saw telah memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat seperti yang di jelaskan oleh Nabi Saw :

Bermaksud : " Barangsiapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah Swt akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran. "

Memandangkan ibadat sembahyang Jumaat ini terlalu penting serta untuk memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan. Baginda Saw juga telah meletakkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang menghadirinya, bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antara garis panduan tersebut ialah :

* Mengemas diri dengan sebaik-baiknya, mandi membersihkan dirinya agar jemaah lain terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. Nabi Saw bersabda :

(hadis riwayat Muslim)

Bermaksud : " Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah ia mandi. "

* Segera ke Masjid dengan penuh ketenangan. Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca Al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda yang bermaksud :

" Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah ia berkorban seekor unta. "

(hadis riwayat Bukhari)

* Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Khutbah yang di baca. Mendengar khutbah merupakan suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang di dirikan dan ia merupakan kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat. Sekiranya para jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, sibuk bercakap-cakap sesama sendiri atau gurau-senda, maka ia bukan sahaja tidak dapat menerima apa yang di sampaikan oleh Khatib di atas minbar, bahkan solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna, tetapi langsung tidak mendapat pahala. Sebagaimana sabda Nabi Saw yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud :

" Barangsiapa yang bercakap-cakap pada hari Jumaat ketika Imam sedang membaca khutbah, maka ia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna. "

Demi memastikan setiap kalimah yang dibaca oleh Khatib di dengar serta di fahami dengan baik, Rasulullah Saw telah melarang jemaah yang berada di masjid dari melakukan ibadat-ibadat sunat seperti bertasbih atau membaca Al-Quran, sembahyang sunat tahyatulmasjid di benarkan, tetapi hendaklah di dirikan seringkas mungkin agar jemaah tidak terlepas dari mendengar khutbah yang di baca.

Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika Khatib membaca khutbah merupakan sikap yang sangat buruk. Ia menyerupai sikap yang pernah di tunjukkan oleh orang-orang kafir Quraisy di zaman dahulu. Firman Allah Swt di dalam Surah Fussilat ayat 26 dan 27 :

Bermaksud : " Dan orang-orang kafir berkata : " Janganlah kamu mendengar akan Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh-rendah serta tepuk-sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya. Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. "

Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh Khatib merupakan satu kesalahan yang menyerupai dengan pengabaian terhadap bacaan Al-Quran apabila ia di baca, kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca Al-Quran. Jesteru itu, Allah Swt telah menggesa agar apabila Quran atau khutbah dibaca, maka hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadap bacaan tersebut.

(Al-A'raaf: 204)

Bermaksud : " Dan apabila Al-Quran itu di bacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. "

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”