أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

Zakat Penyelamat di Dunia dan Di Akhirat

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah dia menunaikan zakat hartanya".
(Riwayat At-Tabrani)

Disyariatkan ibadah zakat bertujuan untuk mendidik diri kita supaya bersifat
pemurah dan prihatin terhadap kesusahan insan lain. Allah SWT. juga
memfardhukan ibadah zakat kepada hamba-Nya adalah untuk menyucikan harta
dan dosa-dosa orang yang kaya dan memenuhi keperluan sara hidup bagi yang
miskin.

Bahkan amalan berzakat itu sebenarnya dapat mengukuhkan tali
silaturrahim sesama manusia. Orang-orang fakir dan miskin akan mendoakan
kebaikan kepada orang kaya yang pemurah. Ini akan menghilangkan perasaan
benci, cemburu, marah si miskin kepada si kaya.

"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar,
sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan
menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api".(Riwayat Imam Ahmad)

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”