أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing ) dan ia akan kembali
dagang ( asing ) pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing".
(Riwayat Muslim).
Hadith ini jelas menyatakan bahawa Islam yang bermula dengan dagang
( asing ) akan menjadi dagang di akhir zaman nanti. Sejarah telah menukilkan
bahawa perkembangan Islam di peringkat awal juga asing. Islam sentiasa
menghadapi kesukaran dan mendapat tentangan yang berpanjangan. Berkat
ketabahan, kekentalan, kegigihan dan keyakinan para pendakwah atau da’ie
serta dengan izin Allah Islam telah berkembang sehingga menjadi kuasa dunia yang hebat pada era kegemilangannya. Islam telah berjaya melahirkan
insan yang berperibadi mulia, mempunyai jati diri unggul dan berwibawa. Ketika
itu wujud keadilan, kejujuran, ketelusan, ketenteraman, keharmonian, kedamaian
dan ketenangan. Namun selaku manusia mereka juga menghadapi pelbagai
ujian, godaan nafsu dan kelemahan diri di samping serangan fitnah, khianat dan
dengki sesama sendiri sehingga umat Islam jatuh, tamadun Islam runtuh
sehinggalah sekarang.
Dalam situasi krisis nilai inilah golongan yang ingin mengembalikan Islam
ke Persada Keagungannya menghadapi segelintir umat Islam yang meragui,
mempertikai, meremeh dan buruk sangka terhadap orang Islam. Pada masa
yang sama mereka juga menghadapi orang kafir yang benci kepada Islam.

Justeru, setiap individu yang ingin mempertahan dan setia dengan Islam
pasti akan mengharungi ujian, rintangan, halangan, cemuhan, ejekan, cacian,
makian dari mereka yang memang tidak redha dengan Islam. Manakala orang
yang beramal secara sambil-lewa terhadap Islam akan mendapat sanjungan
atau kurang menghadapi tekanan. Persoalannya apakah mereka yang tidak
yakin dan malahan benci terhadap Islam ini tanpa disedari rupa-rupanya telah
bersekongkol dengan Yahudi, Nasrani dan Puak Kafir lain sebagaimana Firman
Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 120; yang bermaksud
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada Engkau (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah ( agama ) mereka ( yang telah terpesong itu )".

Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepada Engkau (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah ( agama )
mereka ( yang telah terpesong itu )". Mengapa keadaan ini masih wujud?. Apakah segala Sistem Pembelajaran, maklumat dan penyampaian selama ini tidak berkesan, tersilap atau tidak
mencapai sasarannya?. Atau Islam hanya disampaikan secara sambil-lewa
tanpa menekankan bahawa ia adalah satu cara hidup yang sempurna!.
Mengapa masih terdapat di kalangan umat Islam yang kuat berpegang serta
yakin kepada panduan ciptaan manusia berbanding panduan yang diturunkan
oIeh Allah SWT dan telah disampaikan oIeh Rasulullah s.a.w.?. Sedangkan
pada masa yang sama mereka mengakui kesempurnaan ajaran Allah SWT. Ini
yang dikatakan salah faham terhadap Islam, keliru, terpesong, sekular atau
sesat. Wal’iyazu billahi.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”