أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

REZEKI YANG BERKAT

 Secara umum berkat ialah sesuatu yang lebih dari setiap pemberian Allah
SWT. Ia terhasil daripada keyakinan, ketaatan, kepatuhan dan kehambaan
manusia yang berterusan kepada Allah SWT. Di setiap ketika, apabila ada
sahaja manusia melakukan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya
dengan penuh ikhlas, maka Allah SWT. akan menurunkan keberkatan-Nya
kepada mana-mana individu yang dikehendaki-Nya.
Rezeki yang membawa berkat insya-Allah akan sentiasa memberikan
kecukupan, kesempurnaan, kedamaian, ketenangan, keselesaan dan
kebahagiaan kepada mereka yang memperolehinya. Mereka akan kelihatan
tenang, tabah dan sabar. Berkat bukan sahaja dinikmati secara perseorangan
tetapi juga akan berkembang kepada ahli keluarga, anggota masyarakat dan
negara.
Manakala orang yang sedang memperoleh berkat biasanya akan menjadi
insan pemurah dan penyayang yang akan menyampaikan pula apa jua rezeki
yang dikecapinya kepada orang lain melalui pemberian, sumbangan, sedekah,
derma atau pertolongan. Sebenarnya tidak semua orang akan diberikan
keberkatan oleh Allah SWT. Namun semua orang Islam berpeluang untuk
mendapatkannya dengan syarat mereka sentiasa bertaqwa dan bertawakkal
kepada Allah SWT. di samping kuat pula berusaha mematuhi dan menuruti
syariat Allah SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakkal, maka Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana Dia
memberi rezeki kepada burung-burung yang pergi di pagi hari dalam
keadaan perut yang kosong dan kembali dalam keadaan perut yang penuh
berisi ’’.

Persoalannya ialah kenapakah sesuatu keberkatan itu diangkat atau
dicabut oleh Allah SWT.
Pertama :   Apabila manusia tidak redha, tidak qana’ah dan tidak
                    bertawakkal kepada Allah SWT.
Kedua :      Apabila ada segelintir manusia yang tidak bertaqwa.
Ketiga :      Hari ini masih ramai manusia yang tidak mengikut perintah
                    Allah SWT
Keempat : Apabila ada di antara umat Islam yang tidak ikhlas ketika
                   beramal.
Kelima :    Apabila segolongan manusia termasuk umat Islam melakukan
                   kerosakan.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”