أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

PEMIMPIN YANG AMANAH

bukan jawatan atau gelaran tetapi AMANAH

Pemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga
merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang
hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai
khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman
Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 :
“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan”.

Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang
pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang
tidak mampu ditunaikannya. Islam mengajar kita melaksanakan sesuatu
mengikut kemampuan yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak
berjaya, akan tetapi apa yang ditanya kelak ialah mengapa tidak berusaha
menunaikan amanah?.

mencari pemimpin sejati...

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”