أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

ZAKAT FITRAH

Kewajipan zakat fitrah
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
Waktu wajib:
Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  1. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  2. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  3. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  4. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
 
Negeri  (RM)
Perlis 6.00


Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.30
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.30
Johor 6.50
Pahang 7.30
Terengganu 6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan 7.60
Sarawak 7.50
Sabah 7.70
Wilayah Persekutuan 7.00

    makluman

    Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”