أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

PENDIDIKAN AQIDAH MENANGKIS GEJALA MURTAD

Detik tenat dan nazak kematian merupakan saat perpisahan seseorang
dengan keluarganya, hartanya dan dunia fana' ini seluruhnya. Saat seperti ini,
biasanya digunakan oleh orang yang hampir mati untuk menyampaikan
pesanan terakhir atau wasiat penting. Biasanya wasiat yang disampaikan
adalah berkenaan harta peninggalan, tanah pusaka atau hak-hak yang belum
selesai. Sebagai keluarga muslim, barangkali kita beranggapan bahawa
persoalan agama, akidah dan ibadah sudah dikira selesai. Lalu fokus diberi
kepada soal lain melibatkan hal-hal keluarga atau harta.
Namun, Al-Quran mengajar kita supaya persoalan akidah diberi
keutamaan, walaupun dalam keluarga seorang nabi; nabi Yaakub a.s. Bahkan,
bapanya Ishak dan datuknya Ibrahim juga adalah nabi. Logiknya, dalam sebuah
keluarga nabi atau ulama', didikan akidah sudah selesai di peringkat awal atau
kanak-kanak lagi. Apatah lagi keluarga nabi, yang diasuh oleh bapa dan
datuknya yang juga nabi. Bahkan, salah seorang anak nabi Yaakub a.s. juga
adalah nabi, nabi Yusuf a.s. Namun, soal akidah masih ditekankan di saat akhir
hidup nabi Yaakub a.s. Tentunya juga, di saat anak-anak itu sudah dewasa dan
sudah diasuh sekian lama.
Akidah merupakan perkara paling penting di dalam kehidupan manusia di
dunia. Ini kerana ia menjadi penentu masa depan seorang hamba di akhirat,
sama ada mendapat kebahagiaan di syurga atau kesengsaraan di neraka.
Segala amal kebajikan manusia tertakluk kepada akidah yang benar. Jika
akidahnya sejahtera, maka amal baiknya yang lain akan dihitung sebagai pahala.
Sebaliknya, jika akidahnya rosak dan menyeleweng, segala amal baiknya
menjadi hampa dan tidak berguna. Tiada sebarang balasan kebajikan diberikan
kepadanya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 39; yang bermaksud :
"Dan orang-orang kafir pula, amal-amal mereka umpama
fatamorgana di tanah rata yang disangka air oleh orang yang dahaga. Sehingga
bila dia datang ke tempat itu, tidak didapatinya sesuatu pun; dan ia tetap
mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan
amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan
hisabnya".

budayakan Pendidikan Akidah dalam kehidupan seharian,
Pertama: Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak dan keluarga
mendapat Pendidikan Akidah dengan sebaiknya. Setiap
individu hendaklah sentiasa menasihati ahli keluarga dan
rakan-rakan supaya taatkan Allah dan beriman dengan hari
akhirat dalam setiap urusan kehidupan. Kita hendaklah
meringankan lidah untuk menyebut hal-hal berkaitan balasan di
akhirat.
Kedua: Institusi Pendidikan termasuk masjid perlu menggunakan
pendekatan semasa dan terkini dalam mendidik masyarakat
memantapkan akidah. Ini termasuklah mengaitkan Pengajaran
Akidah dengan Penemuan-penemuan Sains yang terkini.
Pendekatan ini akan lebih memudahkan pemahaman umat
Islam dalam mengukuhkan keimanan mereka. Di samping itu
hendaklah menitik-beratkan soal akidah dalam Sistem
Pendidikan, Media Massa dan Program-program Latihan,
termasuk Kem-kem Motivasi dan lain-lain lagi.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”