أهلا وسهلا

Tajuk Khutbah Jumaat Minggu ini (12/8/2011) "GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI"

MEMBANGUN MASYARAKAT MITHALI

Masyarakat Mithali ialah masyarakat contoh yang diisi dengan ilmu, amal dan
iman yang dibangunkan untuk membawa tugas besar menyinambungkan apa
yang pernah dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Tugas membangunkan Masyarakat Mithali dalam suasana cabaran hari ini memerlukan
kesungguhan atau mujahadah yang tinggi untuk mencapai darjah kejayaan.
Hanya kekentalan yang jitu berbekalkan ilmu dan kefahaman yang jelas serta
kematangan bertindak mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang berat
ini.
Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’du ayat 11: yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
 Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6: yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu
dari api neraka”.

makluman

Makluman semasa: “KEPADA SESIAPAN YANG INGIN MENDERMA / BERWAKAF ALAT PENGHAWA DINGIN , HUBUNGI TN NAZIR MASJID. TK”